Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Larangan tsunami Melayu? Tiada hukum mutlak, kata mufti
Diterbitkan:  May 4, 2018 12:30 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Mufti Pulau Pinang menyifatkan fenomena 'tsunami Melayu' adalah hal yang terkait dengan siasah syariyyah (hal ehwal politik Islam) yang tiada hukum mutlak mengenainya.

"Hukumnya tergantung kepada maslahah ammah (kepentingan awam). Jika ia membawa kepada tercapainya kepentingan tersebut, maka hukumnya harus dan mungkin sunat.

"Jika ia membawa kepada natijah sebaliknya iaitu kepada mafsadah (keburukan), maka hukumnya adalah haram," kata Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas pendapat Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang dilaporkan berkata tsunami Melayu dilarang kerana akan menyebabkan orang Melayu-Islam berpecah hingga boleh membawa keuntungan besar kepada politik bukan Islam.

Abdul Rahman dilapor berkata demikian kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Wan Salim yang juga bekas yang dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Pulau Pinang itu berkata, jika tsunami Melayu dapat membanteras keburukan lebih besar berbanding keburukan kecil, ia dibenarkan.

Ini, katanya berdasarkan kaedah usul fikah akhaffu addararain (melakukan keburukan lebih ringan untuk elak keburukan lebih besar).

Sementara itu, Dr Wan Salim juga berkata, rakyat perlu menyedari bahawa Islam tidak melarang umatnya menunjukkan protes secara aman terhadap pemerintah.

"Protes aman diiktiraf sebagai cara melahirkan rasa tidak setuju atau tidak berpuas hati dengan apa-apa dasar kerajaan yang dianggap merugikan, menindas, dan menzalimi rakyat," tambahnya ketika merujuk contoh isteri Nabi Mumammad yang menentang khalifah Ali bin Abi Talib.

"Aisyah melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap sikap Ali yang didapati tidak tegas dalam kes pembunuhan Sayyidina Uthman bin Affan.

“Ketika itu masih ramai ulama, sahabat masih hidup, namun tiada laporan yang menunjukkan wujud bantahan mereka terhadap tindakan Aisyah," tambahnya.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, rakyat perlu menyedari bahawa Islam tidak melarang umatnya menunjukkan protes secara aman terhadap pemerintah.

"Protes aman diiktiraf sebagai cara melahirkan rasa tidak setuju atau tidak berpuas hati dengan apa-apa dasar kerajaan yang dianggap merugikan, menindas, dan menzalimi rakyat," katanya sambil merujuk contoh isteri Nabi SAW yang menentang khalifah Ali bin Abi Talib.

"Aisyah melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap sikap Ali yang didapati tidak tegas dalam kes pembunuhan Sayyidina Uthman bin Affan.

“Ketika itu masih ramai ulama, sahabat masih hidup, namun tiada laporan yang menunjukkan wujud bantahan mereka terhadap tindakan Aishah," katanya.

Lihat Komen
ADS