Seramai 111,702 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengundi awal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) esok di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata daripada jumlah itu, seramai 5,660 pegawai dan anggota akan mengundi awal di Bukit Aman manakala selebihnya di 14 kontinjen PDRM dan ibu pejabat polis di seluruh negara.

"Selain itu, turut terlibat dalam undi awal adalah 7,695 pegawai dan anggota PDRM yang telah bersara.

"Mereka ini adalah pegawai dan anggota yang belum lagi menukar daftar pemilih sebagai pengundi biasa," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata pegawai dan anggota terlibat akan mula mengundi mulai 9 pagi hingga 5 petang.

- Bernama