Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH 'angkat' bos SPR dengan anugerah memalukan
Diterbitkan:  May 4, 2018 4:20 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

BERSIH 'menganugerahkan' rating lima bintang terhadap pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam anugerah 'hall of shame' yang bertujuan memalukan satu-satu pihak.

Gabungan pendesak pembaharuan sistem pilihan raya itu berkata 'anugerah khas' itu diberikan buat kali kedua kepada Hashim atas dakwaan kegagalannya menangani dakwaan salah guna kuasa pegawainya di hari penamaan calon.

Ini, kata BERSIH, termasuk keputusan tidak membenarkan penyandang parlimen Batu Tian Chua bertanding atas alasan hilang kelayakan serta dakwaan menghalang calon PKR S Strearam menghantar borang penamaan calon.

BERSIH turut menyenaraikan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dalam senarai mereka kerana memberikan insentif RM500 pada kesemua 60,000 kakitangan DRB-Hicom, yang melibatkan RM30 juta wang pembayar cukai.

Turut disenaraikan:

Datuk Seri Jamal Yunos dari BN: Kerana menjanjikan habuan RM2,000 kepada nelayan dan cabutan bertuah RM25,000 kepada pengundi Sekinchan.

Kempen BN seluruh negara: Calon-calon BN didakwa sering dilihat menggunakan pendekatan seperti pemberian minyak dan cermin mata percuma dan jualan diskaun.

Pengarah Rela Kedah Ahmad Abdul Wahab: Kerana didakwa berat sebelah meminta anggota pasukan itu menyokong BN pada 1 Mei lalu.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS): Kerana didakwa salah guna jentera dan aset kerajaan dengan menganjurkan kempen untuk BN di seluruh negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS