Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Betul, pegawai SPR di Rantau bekas pemimpin Umno, tapi...'

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa kekecohan pada hari penamaan calon 28 April lalu adalah bekas pemimpin Umno, tetapi bukan beliau yang membuat keputusan muktamad berhubung penolakan calon PKR pada hari tersebut, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebaliknya, Mohamad berkata bahawa Pegawai Daerah Rembau, Amino Agus, yang juga adalah pegawai pengurus pilihan raya (RO) Rembau, pada hari penamaan calon Sabtu lalu, adalah orang yang tidak membenarkan calon PKR, Dr S Streram masuk.

"Pada hari itu, RO berada di dalam (pusat penamaan).

"Dia yang tidak benarkan calon (masuk). (Bekas anggota Umno) itu seorang pegawai bawahan (yang bertugas) di luar (pusat penamaan). Dia terima arahan dari dalam. Jadi cerita itu berlainan,” kata Mohamad yang juga adalah pengerusi BN negeri pada sidang akhbar selepas merasmikan bilik operasi BN di Seremban.

Pegawai bawahan itu telah melepaskan semua jawatannya dalam Umno selepas dinaikkan pangkat (dalam SPR), sebelum ini, kata Mohamad.

Justeru, katanya, dakwaan sabotaj oleh anggota Umno itu sengaja dirancang oleh pembangkang, kerana mereka tahusukar untuk menang di Rantau dan Rembau, katanya.

Rantau adalah kerusi DUN di bawah parlimen Rembau, yang penyandangnya adalah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Susulan kegagalan Dr Streram yang gagal didaftarkan sebagai calon, Mohamad, yang adalah penyandang kerusi Rantau, diisytiharkan menang tanpa bertanding.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS