Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jaga-jaga serangan saat akhir pembangkang, pesan Zahid

PRU14 | Timbalan presiden sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan BN dan calon-calonnya akan lebih banyak tohmahan dilemparkan oleh pembangkang menjelang hari mengundi 9 Mei ini.

Beliau juga yakin akan berlaku 'kejutan serangan di saat akhir’ oleh pembangkang seperti dalam pilihan raya umum (PRU) sebelumnya dan menggesa penyokong BN tidak terpengaruh.

"Saya yakin akan ada serangan yang lebih besar lagi (pada PRU 14) kerana mereka amat terdesak sekarang ini.

"Apabila mereka telah cross the line kita lihat banyak lagi bahan-bahan bukan hanya yang bersifat isu-isu nasional tetapi pembunuhan karakter terutamanya kepada calon-calon (BN) di sesuatu kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pemimpin-pemimpin peringkat nasional seperti perdana menteri (sementara Datuk Seri Najib Razak) dan saya sendiri memang telah lali dengan serangan-serangan ini. Apa yang saya harapkan supaya penyokong tegar BN tidak berlari dan jangan percaya fitnah-fitnah sedemikian.

"Begitu juga dengan middle-ground voters – mereka yang berada di atas pagar – agar menerima hakikat bahawa kerajaan BN di bawah pimpinan perdana menteri telah melakukan yang terbaik," katanya dalam sidang media di Baling.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan majlis pecah tanah projek Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah Kampus Baling di Kampung Bandar, Mukim Siong di Baling, Kedah.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyebut berhubung dakwaan pembangkang yang mengatakan 40,000 pengundi Bangladesh dibawa masuk untuk menangkan BN.

"Pada pilihan raya umum lepas mereka telah menyebarkan kononnya 40,000 pengundi Bangladesh dibawa masuk untuk menangkan BN. Inilah contoh surprise last minute attack. Ketika itu Umno dan BN tidak bersedia dan tidak menjangkakan fitnah itu boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.

"Kita periksa sama ada di lapangan terbang di seluruh negara ada atau tidak kapal terbang dari Bangladesh atau negara berhampiran datang, memang tidak ada. Tetapi dipercayai oleh rakyat ketika itu yang terpengaruh kempen pihak pembangkang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS