PRU14 | Kempen pilihan raya umum ke-14 telah memasuki hari kelapan. Kempen harian dan kegiatan ceramah cukup memenatkan kebanyakan calon.
Buat calon kali pertama DAP untuk Parlimen Bagan Dalam, Satees Muniandy, kempennya menjadi lebih meletihkan kerana didakwa dicemari oleh ancaman dan kecurian yang melibatkan kerugian besar.
Wartawan Malaysiakini bertemu beliau di Kampong Benggali, Butterworth malam tadi. Satees didapati memasang sendiri bendera parti bersama beberapa sukarelawan. Beliau baru saja selesai siri ceramah kempen HARAPAN di kawasan pilihan raya.
"Saya perlu buatnya sendiri, bendera selalu hilang," Satees memberitahu Malaysiakini.
Beliau berkata tidak tahu ke mana hilangnya bendara HARAPAN tersebut.

"Baru beberapa hari lalu, kami memasang kira-kira 1,000 bendera tapi 800 hilang, tak tahu ke mana.
"Bendera serta kayu pancangnya itu berharga paling kurang RM5 setiap satu, jadi kami kerugian kira-kira RM4,000 akibat kehilangan bendera itu.
"Saya sudah memesan 2,000 lagi bendera namun tak tahulah jika ia hilang lagi? Kami terpaksa meneruskan kempen ini," kata Satees.
Beliau juga berkata kontraktor yang memasang kanopi ceramahnya mendakwa diancam oleh orang tidak dikenali supaya tidak mengambil kontrak kanopi itu, atau "kami akan bakarnya."
"Saya sangat marah, saya katakan, jangan main-main, saya tidak takut semua ini. Saya akan membuat laporan polis, kerana polis bertanyakan saya siapa yang berbuat demikian.

Serangan terhadap Satees tidak berhenti setakat itu. Baru-baru ini, seorang poster yang menuduhnya memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM5.27 juta telah menjadi tular di media sosial.
Dia menafikan pernah memiliki hartanah mewah itu, berkata hanya berpendapatan RM4,000 sebulan ketika menjawat ahli majlis di Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Satees berhadapan pertembungan empat penjuru menentang calon MIC, Dhinagaran Jayabalan, Calon Malaysian United People's Party, Teoh Uat Lye,calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Teoh Huck Ping dan calon Penang Front Party, Jasper Ooi.
