Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Daim muncul di Ayer Hitam berkempen untuk DAP
Diterbitkan:  May 5, 2018 10:52 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

PRU14 | Selepas berkempen untuk BERSATU dan PKR, bekas menteri Tun Daim Zainuddin malam ini hadir berkempen untuk calon DAP bagi parlimen Ayer Hitam Liew Chin Tong.

Meskipun menyentuh beberapa perkara berkaitan masyarakat Cina dengan menyasarkan MCA, Daim dalam ucapannya tetap bertumbu dengan institusi Melayu.

Daim kelihatan letih dan terpaksa berucap sambil duduk di atas kerusi bercakap tentang dakwaan penyelewengan dalam Felda dan Tabung Haji.

"Mari habiskan riwayat Umno, undi HARAPAN agar kita dapat perbaharui negara ini," katanya kepada kira-kira 1,500 hadirin yang menyertai program HARAPAN di Bandar Baru Ayer Hitam, Johor.

Turut hadir Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Semalam, Daim hadir di program HARAPAN di Melaka bersama Tan Sri rafidah Aziz.

Dengan sokongan pengundi Cina di Yong Peng, Liew memerlukan peralihan undi dari pengundi Melayu untuk mengalahkan calon BN yang juga merupakan timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketika ceramah berlangsung, Tun Dr Mahthir Mohamad tampil melalui kli video khas menyampaikan mesej yang disasarkan untuk pengundi Melayu.

"Orang Ayer Hitam, terutamanya mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu, saya ingin beritahu bahawa BN dan Umno hari ini bukanlah BN dan Umno yang dulu," katanya.

Dr Mahathir juga berkata Liew merupakan seorang pemimpin yang dapat berkhidmat untuk masyarakat Melayu.

"Dia fasih bahasa Melayu dan akan berkhidmat untuk semua orang. Dia tidak akan abaikan orang Melayu di Ayer Hitam.

"Saya yakin dia akan beri yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi undilah Liew sebagai calon HARAPAN," katanya."

Kerusi Ayer Hitam terdiri dari 58 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina dan empat peratus pengundi India.

Lihat Komen
ADS