Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PAS akan dapat Terengganu... tapi hilang Kelantan?'
Diterbitkan:  May 6, 2018 9:13 AM
Dikemaskini: 1:16 AM

Q&A | Seorang veteran PAS Pantai Timur meramalkan PAS dapat merampas kembali Terengganu dari BN tetapi mungkin hilang penguasaan di negeri jiran yang lama ditadbirnya, Kelantan.

Ustaz yang juga anggota seumur hidup PAS percaya Presiden BN Datuk Seri Najib Razak memberikan laluan mudah kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu.

Berkaitan peluang di Kelantan pula, veteran yang enggan namanya itu disebut mendakwa keadaan di negeri itu berbeza kerana mereka berpecah.

Apa pandangan ustaz terhadap kempen PU14 setakat ini?

Bagi kita dalam PAS, yang sedih sekali, pimpinan tak dapat cari jalan atasi masalah dengan Pakatan Harapan supaya dapat kerjasama dengannya.

Sudah jelas juga bahawa Najib beri laluan kepada PAS Terengganu. Misalnya, calon BN lawan Haji Hadi lemah sekali. Ada kemungkinan baru, Terengganu akan ditawan PAS, tetapi bukan Haji Hadi yang pimpin. Nampaknya, bakal MB Terengganu anak masnya, yang telah halang kami yang tak sealiran dengannya.

Ana kurang faham kenapa PAS Kelantan percaya sangat dengan pimpinan PAS pusat. Jelas Umno akan tawan Kelantan kerana kita berpecah; kubu kita, warisan Tok Guru Nik Aziz, akan hilang, payah dapat balik.

Pimpinan kita jadi senjata Najib. Kononnya, musuh kita DAP, tapi kita kurang tanding di kawasan DAP. Sebaliknya, PAS tumpu ke kawasan HARAPAN lain untuk kalahkan pimpinan Islam-Melayu dalam HARAPAN.

Bagaimana strategi baru PAS diterima ahli dan penyokong PAS?

Kebanyakan masih keliru. Lawan jadi kawan, kawan jadi lawan. Tak tentu pasal?

Dulu, acara PAS selalu minta derma. Lah ni, dak. Dulu pasang bendera, lambang lama, yang koyak ada. Lah ni, semua baru. T-shirt baru. Di banyak tempat, yang buat kerja pasang lambang, poster, bendera, sepanduk, dan lain-lain, diupah. Di beberapa tempat, kontraktor diupah pasang semua. Malah, ada kontraktor yang juga pasang untuk Umno-BN sekali. Hadir acara, dibayar juga. Dah jadi lagu (macam) Umno. Inikah ‘politik matang’?

Maka, menurut ustaz dulu, Najib akan menang besar pada peringkat nasional?

Dak semestinya. Ramai yang keliru dan kecewa dengan PAS, terutamanya pada peringkat nasional. Ana harap mereka nampak apa yang sedang dilakukan Najib melalui pimpinan PAS.

Ahli dan penyokong masih berpegang kepada prinsip murni, tidak tergoda dengan fulus. Mereka dah mula persoalkan arahan pimpinan. Ada yang putus asa, tak kempen langsung. Di kalangan pemuda, mereka perlukan fulus untuk hidup. Maka, mereka kerja, tapi tak semestinya kerana percaya sangat.

Pencalonan Nik Omar, anak Tok Guru Nik Aziz, juga ada kesan besar. Dia langsung tidak memusuhi PAS, malah tak mahu kempen lawan adiknya, calon PAS Bachok. Tidak mahu jadi macam Qabil, yang bunuh adiknya, Habil. Nik Omar menjadi teladan yang baik bagi umat, tabiat politik yang patut dicontohi.

Dr Mahathir patut ambil iktibar. Pimpinan Pakatan Harapan, termasuk AMANAH, tidak menyerang keseluruhan PAS kecuali dia dan mungkin beberapa kerat DAP. Dr Mahathir dah jadi macam musuhnya, Haji Hadi. Tiada maaf bagimu. Tapi itu politik lama, abad ke-20 masehi. Pendekatan Nik Omar, semacam ayahandanya, cara umat Islam.


'Ana kurang faham, nak mati syahid demi Najib pula'

Lihat Komen
ADS