Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesan taikun pada kabinet: Berkhidmatlah untuk semua

WAWANCARA | Dalam usaha memikat pengundi Cina untuk piihan raya lusa, perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dan MCA berulang kali mengingatkan masyarakat itu terhadap kesan tidak mempunyai wakil dalam kabinet.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, pengasas Country Heights Holdings Bhd Lee Kim Yew berbeza pendapat.

Katanya, kabinet harus membuat keputusan demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa dan pendirian politik masing-masing.

“Di abad ke-21 ini kita masih mahu buat keputusan berdasarkan parti? Bila kamu angkat sumpah saja sebagai MP, taat setia kamu kepada Malaysia, bukan lagi parti,” katanya.

Lee juga menekankan prinsip sama turut terpakai kepada anggota-anggota kabinet.

Pemikiran memihak itu harus diubah kerana ia boleh mengundang isu kaum, tegas Lee lagi.

Dalam isu sijil sekolah Cina UEC misalnya, Lee berkata, ia menjadi isu polarisasi kaum tetapi tidak dibahaskan di parlimen.

Pada 27 April lalu, Najib berkata jika calon MCA ditolak dalam pilihan raya, kerajaan mungkin tidak mempunyai pemimpin Cina dalam kabinet.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS