Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamid Albar: Lucu saya dikatakan sokong BN
Diterbitkan:  May 7, 2018 11:26 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Bekas menteri dan veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Albar berkata beliau lucu apabila kenyataannya berkaitan “perubahan” pada hari mengundi ditafsirkan sebagai menyokong BN.

“Amat menghairankan dan lucu sekali kenyataan saya ditafsirkan sebagai menyokong Barisan Nasional,” tulisnya di Twitter.

Dalam siri tweet itu, beliau menegaskan “menyokong perubahan yang positif, demokrasi dan pilihan raya yang adil”.

“Bukan untuk menyokong Barisan Nasional,” katanya yang ditafsir pelbagai pihak cenderung kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti beberapa lagi veteran Umno.

Dalam tempoh berkempen ini, tiga veteran Umno telah tampil mengkritik kerajaan, termasuk di pentas pembangkang.

Lihat Komen
ADS