Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: Banyak penyokong DAP di ceramah HARAPAN
Diterbitkan:  May 7, 2018 10:05 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

PRU14 | Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak malam ini menolak kemungkinan berlakunya 'tsunami Melayu'

Beliau berkata perkara itu terbukti apabila tidak ramai kaum Melayu hadir ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebaliknya, beliau berkata kebanyakan mereka yang menghadiri program anjuran gabungan itu merupakan penyokong DAP.

"Kalau kita tengok ceramah pembangkang di kawasan bandar, yang hadir kebanyakan bukan orang Melayu, kebanyakan penyokong DAP," kata pengerusi BN itu dalam wawancara secara langsung di TV3.

Wawancara itu juga disiarkan secara langsung di Facebook Najib

Najib juga mengulangi dakwaannya bahawa HARAPAN membawa penyokongnya dari luar dengan bas.

"Saya selalu beritahu saya tak perlu pun besar, tapi orang tempatan.

"Jadi dapat 10,000 orang tempatan lebih baik dari 20,000 sebahagian besar orang luar," kata Najib.

Dalam wawancara itu juga, beliau menegaskan sokongan BN kekal kukuh.

"Tetapi saya lihat tempat saya lawati laporan yang saya terima, termasuk juga lawatan TPM, menteri kanan dan lain-lain, saya lihat keadaan sebenarnya.

"Ini bukan mainan media sosial. Ini reality on the ground.

"Maknanya political base kita masih kukuh lagi. Kita tahu mana kekuatan, kita tahu juga kelemahan kita," kata beliau.

Besok hari terakhir berkempen sebelum hari pengundian pada Rabu ini.

Lihat Komen
ADS