Haniff: Polis boleh jumpa lepas Khamis
PRU14 | Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata pihak polis boleh berjumpa beliau selepas hari Khamis jika beliau diperlukan dalam siasatan selepas laporan polis dibuat terhadapnya berhubung ceramah di Kluang, Johor.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan pilis di Ampang ke terhadap Haniff kerana didakwa memberi gambaran salah bahawa perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak mungkin akan lari ke luar negara atau menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara.
Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata gambaran seperti itu menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat susulan ucapan Haniff di Kluang.
Tambah Azwanddin, ia juga bertujuan mewujudkan kebencian terhadap kerajaan.
Haniff sebelum ini dalam ceramahnya di Kluang memberikan empat senario kemungkinan yang akan terjadi selepas hari mengundi esok.
Hanif melalui kenyataan di blog berkata beliau menghormati hak JMM membuat laporan polis namun menambah beliau juga ada hak memberi pendapat kepada rakyat berhubung kesan undang-undang politik berdasarkan analisisnya.
Haniff mengingatkan Azwanddin bahawa Najib hanya perdana menteri sementara dan bukannya kerajaan kerana Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.
Haniff juga menjelaskan beliau berada di Langkawi semalam dan akan berada di Pulau Pinang hari ini. Beliau hanya akan pulang ke Rawang esok untuk mengundi.
"Jadi, jika pihak berkuasa ingin berjumpa saya, mereka boleh jumpa selepas Khamis," katanya.

