Paling Popular
Terkini

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beranggapan dakwaan yang melaporkan bahawa BN berkemungkinan tumbang di Muar sebagai mengarut.

Pada "Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Muar" hari ini, Zahid berkata, penyandang kerusi itu, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri
perlu “terjun perigi” jika beliau tewas.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa terdapat tanda-tanda pemberontakan di kalangan penyokong Umno di Muar.

Walau bagaimanapun, Zahid berkata laporan berkenaan nyata tidak betul.

“Ada kata itu, kata gini. Bila saya pijak bumi Muar, nyata laporan itu semua tak betul,” katanya.

Dalam bidasannya terhadap calon HARAPAN, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, naib presiden Umno itu berkata kemahiran berdebat tidak semestinya diterjemahkan sebagai kemahiran pentadbiran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS