Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Awas 'tsunami hijau', 52% pengundi Islam sokong kami
Diterbitkan:  May 8, 2018 2:46 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Ketika pembangkang utama Pakatan Harapan bercakap berkaitan “tsunami Melayu”, PAS pula memperkenalkan istilah “tsunami hijau” yang merujuk kepada kemenangan mereka.

Pusat penyelidikan parti itu (PPP) dalam kenyataan bertajuk “PAS dijangka menang dengan tsunami hijau”, berkata tujuh peratus pengundi beragama Islam dalam BN beralih arah kepada mereka.

“Mereka adalah pengundi-pengundi Islam atas pagar yang mesra BN semasa PRU 13, iaitu 13 peratus daripada keseluruhan pengundi-pengundi Islam,” kata pengarah PPP Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dengan peralihan itu, kata Zuhdi, PAS dan Gagasan Sejahtera dianggarkan meraih purata 52 peratus sokongan pengundi-pengundi Islam, BN memperoleh 39 peratus dan HARAPAN hanya sembilan peratus.

“Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan HARAPAN kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50 peratus dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut,” katanya.

Keadaan itu, dakwanya, mendorong HARAPAN mengeluarkan dapatan kajian untuk membina 'psikologi menang' melalui proksi-proksi penyelidikan mereka.

Semalam, Invoke Malaysia yang diasaskan naib presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan HARAPAN menang tipis dengan 111 kerusi parlimen, BN mendapat 54 kerusi parlimen manakala PAS pula akan kalang di kesemua kerusi ditandingi – tidak kira kerusi negeri atau parlimen – di semenanjung.

Ilham Centre pula berkata HARAPAN sedang mendahului di 77 kerusi daripada 165 kerusi parlimen di semenanjung dan dengan sedikit lonjakan akhir sahaja, gabungan itu mampu melepasi angka 100 kerusi parlimen.

Lihat Komen
ADS