Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anak bekas MB PAS umum masuk Umno
Diterbitkan:  May 8, 2018 7:21 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

PRU14 |  Restu ibu dan keizinan isteri menjadi pertimbangan anak allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika memilih mengumumkan untuk menyertai Umno hari ini.

Ahmad Faiq Azizan, anak bekas menteri besar Kedah itu berkata kedua-dua ibu dan isterinya tiada halangan dengan pilihannya menyertai Umno itu.

"Saya tanya dulu (ibu). Tiada halangan. Saya masuklah (Umno).

"Dia kata jangan masuk AMANAH sudahlah. Sebab AMANAH yang lawan arwah ayah saya, BN ni lama dah musuh politik," kata Faiq dalam suatu hantaran video yang dimuatnaik di Youtube.

Ahmad Faiq, 31, seorang peguam menyertai PAS sejak berusia 18 tahun lagi berkata, beliau tidak takut digelar orang 'makan dedak' dan mengulangi keyakinannya atas pilihannya keluar PAS dan masuk Umno kerana telah mendapat restu ibunya Faekah Sheikh Hamzah.

"Orang memang akan kata (makan dedak). Mak saya cakap, saya ada hak nak pilih jangan masuk AMANAH saja.

"Maksudnya kalau DAP mai awal, (saya) masuk DAP. Tapi DAP tak mai, yang mai cara elok BN," katanya dalam video itu lagi.

Azizan merupakan bekas pesuruhjaya PAS Kedah yang memimpin parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) sehingga gabungan pembangkang ketika itu Pakatan Rakyat berjaya menawan Kedah daripada BN.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS