Anwar: Peralihan kuasa aman, jika HARAPAN menang
PRU14 | Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa peralihan kuasa serara aman jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pilihan raya umum esok.
"InsyaAllah jikalau HARAPAN menang, maka berilah keyakinan kapada Tun Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan HARAPAN yang lain untuk mengendalikan keadaan dengan baik.
"Proses peralihan kuasa atau transisi perlu aman dan menurut proses undang-undang.Kita bertekad menggalas tugas dengan menggembeling tenaga seluruh rakyat Malaysia," katanya
Anwar juga menyeru orang ramai agar waspada proses pilihan raya.

"Saya ingin menyeru semua rakyat memastikan proses pengundian dijalankan dengan aman dan teratur.
"Rakyat juga diminta memantau proses pilihanraya untuk memastikan ia dilaksanakan secara adil dan saksama. Maka semua petugas diminta peka dan tekun menyempurnakan tanggungjawab.
"Proses pengiraan undi harus terkawal rapi dan sebarang ketegangan harus dielakkan," katanya.
Anwar, yang menjalani hukuman penjara, kini sedang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras selepas menjalani pembedahan.

