Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14: Negara tanpa tol... selama 5 hari
Diterbitkan:  May 8, 2018 10:23 PM
Dikemaskini: 2:54 PM

PRU14 | Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan siaran langsung di televisyen menjelang pilihan raya esok pelbagai insentif menarik pada malam ini.

Satu daripadanya yang menarik ialah ikrar bahawa tiada tol akan dikutip selama lima hari sempena sambutan Aidilfitiri tahun ini.

Kata Najib janji itu akan ditunaikan jika rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN esok.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana pelaksanaan janji itu akan ditunaikan.

Turut menjadi perhatian Najib ialah pengecualian cukai kepada golongan muda yang berumur 26 tahun ke bawah.

"Pada malam yang sungguh bermakna ini saya ingin buat pengumuman yang pertama.

"Kepada semua orang muda yang berumur 26 ke bawah seandainya BN diberi mandat hari esok akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya bermula dari tahun taksiran 2017 dengan serta-merta.

"Ini bermakna yang bekerja yang berumur 26 ke bawah tak kira banyak mana pendapatan mereka tak perlu bayar cukai pendapatan," kata Najib dalam ucapan yang turut disiarkan di Facebook.

BRIM naik

Pengerusi BN itu berkata ia bagi membantu golongan muda memulakan penghidupan.

"Orang muda perlu wang yang mencukupi, nak beli kereta...

"Nak bagi duit pada mak bapak, betul ke tidak," tanya Najib bersambut sorakan hadirin.

Najib juga berkata cukai yang dibayar tahun sudah akan dikembalikan semula.

Najib juga berjanji menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) seratus peratus, selain bayaran RM200 untuk bayi yang baru lahir serta bonus kepada penjawat awam.

Beliau berkata semua pengumuman yang dibuatnya menunjukkan negara tidak akan muflis.

Beliau turut mengumumkan cuti peristiwa khas pada 14 dan 15 Mei ini jika BN menang PRU14.

 

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS