Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafidah, Rafizi, Rais: Maruah atau 'rasuah'
Diterbitkan:  May 8, 2018 11:57 PM
Dikemaskini: May 9, 2018 6:42 AM

PRU14 | Berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum esok, bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan ketua strategi BERSATU Datuk Dr Rais Husin berkata pilihan rakyat Malaysia cukup jelas.

"Pilihan paling utama menebus maruah kami yang tercela.

"Bukan dengan sogokan yang tidak mampu ditanggung negara dan akan menambah bebanan rakyat," kata Rafidah dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini sebelum menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, di mana beliau hadir ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau mengulas pengumuman perdana menteri sementara mengenai pengecualian cukai, cuti umum dan lebuh raya bebas tol sekiranya BN mendapat kembali mandat kuasa.

Sementara itu, Rafizi, yang juga menyertai siri jelajah ceramah HARAPAN, mendakwa Najib telah terlepas pandang dan terus menghina orang ramai.

Rafizi menggambarkan pertandingan esok sebagai pilihan antara "maruah dan rasuah". Bekas ahli parlimen Pandan itu mengatakan 'hujan sogokan' pada masa ini tidak akan mengubah apa-apa.

"Selama bertahun-tahun kita diperlakukan seolah-olah kita dibuli ... Penipuan disebarkan kepada kita seolah-olah kita tidak dapat berfikir untuk diri kita sendiri.

"Jadi rakyat semua kaum kini bertekad untuk menuntut semula maruah kami. Kita telah kehilangan jiwa bangsa kita di bawah Najib.

"Inilah sebabnya saya yakin Tun (Mahathir) mengungkapnya dengan tepat. Kita tidak boleh membesarkan anak-anak kita secara bermaruah selagi Najib berkuasa," beliau memberitahu Malaysiakini.

Dalam ucapannya dari Langkawi, Mahathir meminta pengundi tidak menjual maruah dan masa depan negara dengan sogokan, yang tidak akan bertahan lama.

Sebaliknya, Rais berkata rakyat mesti membuat keputusan berdasarkan pilihan antara faedah yang dijanjikan untuk tujuan pilihan raya umum dengan penderitaan yang berterusan atau penyelesaian yang lebih menyeluruh bagi mengurangkan kos hidup yang meningkat dengan cepat melalui pemansuhan GST.

Beliau berkata pengundi HARAPAN, juga mempunyai pilihan untuk menyaksikan pembaharuan institusi demokratik supaya memastikan urus tadbir yang baik serta penebusan maruah Malaysia dan rakyat Malaysia.

"Sama ada orang mahu memilih antara penerusan pemerintahan feudal atau demokrasi yang berjalan dengan urus tadbir yang baik?

"Sama ada pilihan raya yang sarat dengan sogokan sekali lagi akan melalaikan rakyat Malaysia terus memilih pemerintahan sekarang?

"Adakah orang akan tunduk kepada godaan atau mereka akan berkata 'cukup, cukuplah. Jangan lagi. Kami mahu benar-benar memerdekakan Malaysia .., " katanya kepada Malaysiakini.
 

Lihat Komen
ADS