Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Calon Bebas Batu sokong HARAPAN dakwa kena sabotaj

Calon Bebas Batu P Prabakaran hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya beliau telah menandatangani akuan bersumpah, bahawa dirinya menyokong BN.

"Itu palsu, ada yang cuba sabotaj," katanya kepada Malaysiakini dalam mesej WhatsApp.

Bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua, yang juga naib presiden PKR turut memuat-naik di Facebook yang mendakwa mesej berkenaan adalah palsu.

“Sebarkan - Macam-macam benda BN buat untuk kelirukan pengundi.

“Tiada apa-apa surat sebegini! Harap maklum. Tolong sebarkan!” katanya merujuk surat bertarikh 30 April yang mendakwa Prabakaran menandatangani akuan bersumpah menyokong BN itu.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, gagal mempertahankan kerusi Batu selepas dia tidak dibenarkan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya berikutan denda RM2,000 yang dikenakan kerana menghina kehormatan seorang anggota polis.

Prabakaran sebagai calon Bebasa akan bertanding menggunakan logo kunci.

Berusia 22 tahun, beliau adalah calon termuda pada pilihan raya umum ini.

Pada 4 Mei lalu, Pakatan Harapan mengumumkan Prabakaran sebagai calon yang disokongnya selepas Tian Chua hilang kelayakannya.

Kerusi Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Bebas VM Panjamothy, calon BN Dominic Ng, Prabakaran dan calon PAS Azhar Yahya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS