PRU14 | BN secara tidak rasmi mengisytiharkan kemenangan peringkat Parlimen yang pertama di kerusi Kalabakan.
Menurut laporan Bernama, penyandang Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berjaya mengalahkan Ma'mun Sulaiman (WARISAN), Norbin Aloh (PAS) dan Ahmad Lahama (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).
Namun jumlah undi masih belum dikeluarkan.
Abdul Ghapur menjadi anggota parlimen di situ sejak 2004 dan mendapat majoriti 14,221 undi pada PRU lalu.
Pada PRU 2004 dan 2008 pula beliau menang tanpa bertanding.
Parlimen itu mempunyai 52,199 pengundi dengan tiga DUN iaitu Merotai, Tanjong Batu dan Sebatik.
