Hadi: Menang atau kalah, terima hakikat
Diterbitkan: May 9, 2018 6:52 PM | Dikemas kini: May 9, 2018 6:53 PM
Menang atau kalah, keputusan pilihan raya umum hari ini harus diterima, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita mengarahkan pengikut-pengikut PAS supaya bertenang, beradab dalam kempen. Melaksanakan budaya politik matang sejahtera dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
"Ini pendekatan yang baik dan kita (PAS) elakkan daripada pertembungan yang tajam, boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh bergaduh.
"Ini yang perlu kita (PAS) kemukakan kepada masyarakat. Sama ada menang atau kalah, kita terima hakikat.
"Rakyat buat keputusan terima, jangan kita buat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan negara," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily selepas mengundi di Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, hari ini.

