Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengundi tak berganjak di SRK Tmn Dato' Harun lepas jam 5 petang
Diterbitkan:  May 9, 2018 7:16 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

PRU14 | Seramai 26 pengundi yang beratur di SRK Taman Dato' Harun (1) pada petang ini enggan berganjak selepas dihalang daripada memasuki pusat pengundian berkenaan selepas ditutup jam 5 petang.

Pasukan yang terdiri daripada 13 anggota FRU dan 20 anggota polis dikerahkan untuk mengawal di dalam pintu pagar sekolah berkenaan sejak kira-kira jam 6 petang, menurut sumber di tempat kejadian.

Malaysiakini difahamkan kumpulan berkenaan menuntut hak mereka untuk mengundi.

Sekolah berkenaan dijadikan sebagai pusat mengundi bagi kawasan parlimen Petaling Jaya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan.

Lebih 250 pengundi yang telah mengundi berdiri di luar pintu pagar sekolah untuk menunjukkan sokongan kepada mereka yang tidak berpeluang mengundi.

Maria Chin, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi parlimen Petaling Jaya, tiba di sekolah berkenaan dengan seorang peguam.

Bagaimanapun pengundi yang tidak bernasib baik itu masih tidak dibenarkan mengundi pada jam 7.10 malam.

Salah seorang pengundi, Nor Intan Mohd Nor, 42, memberitahu Malaysiakini beliau tiba di tempat mengundi itu pada jam 2 petang.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS