Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak rasmi: Shafie Apdal menang di Semporna
Diterbitkan:  May 9, 2018 7:29 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan menang di kerusi Parlimen Semporna.

Bekas naib presiden Umno itu mengalahkan calon BN Datuk Ramlee Marahaban dan calon dari PAS serta Harapan Rakyat.

Ini kali pertama beliau bertanding sebagai pembangkang dan kerusi pertama WARISAN. Beliau juga dikatakan menang di kerusi DUN Senallang.

Mohd Shafie bertindak keluar Umno pada 2016, setahun selepas beliau dipecat daripada kabinet kerana lantang mengkritik skandal 1MDB. Beliau kemudian menubuhkan WARISAN.

WARISAN bukan parti komponen Pakatan Harapan, tetapi membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Parti itu dilihat berjaya mengorak langkah yang besar, terutamanya tidak sampai dua tahun ditubuhkan dan berjaya menarik ribuan rakyat dalam program kempennya.

Lihat Komen
ADS