Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin kanan BN tumbang di kerusi parlimen
Diterbitkan:  May 9, 2018 8:28 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Kejutan demi kejuta berlaku di beberapa kerusi parlimen ketika jumlah undi mula dikira pada malam ini.

Antaranya ialah Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam di Segamat.

Sementara itu di Labis dan Muar kejutan yang berlaku tidak kurang hebatnya.

Di Labis naib presiden MCA Datuk Chua Tee Yong kalah di kerusi yang sebelum ini dikuasai BN.

Tee Yong yang sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri tunduk kepada calon Pakatan Harapan, Pang Hok Liong.

Untuk rekod Pang ialah bekas pengerusi DAP Johor.

Dalam PRU ke-13 Tee Yong mengalahkan calon DAP S Ramakrishnan dengan majoriti tipis 353 undi.

Tee Yong ialah anak bekas presiden MCA Tan Sri Chua Soi Lek yang tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi berkenaan pada 2008.

Ketika kali pertama bertanding di kerusi Labis Tee Yong memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan undi 4,094 undi.

Dia mengalahkan calon DAP Teo Eng Ching.

Muar pula menyaksikan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetepikan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Di kerusi Johor Bahru Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dilaporkan sedang ketinggalan dengan lebih 10,000 undi setakat jam 8.30 malam ini.

Shahrir berdepan dengan muka baru Akmal Nasir.

Lihat Komen
ADS