Pakatan Harapan Negeri Sembilan mereka berjaya menawan negeri itu daripada BN buat pertama kali dalam sejarah.

Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan, mereka mendakwa sudah mempunyai cukup kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi HARAPAN negeri Aminuddin Harun berkata setakat ini mereka menang di 19 kerusi – 11 disumbangkan DAP, lima dari PKR dan tiga (AMANAH).

DAP mempertahankan Chennah, Lobak, Nilai, Temiang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut, Bukit Kepayang, Mambau, Repah.

PKR menang di Sikamat, Ampangan, Chuah, Seri Tanjung, Pilah.

AMANAH pula menang Paroi, Klawang, Lenggeng.