Pakatan Harapan (HARAPAN) mengesahkan pegangannya terhadap Pulau Pinang, dan sekali lagi akan membentuk kerajaan negeri buat penggal ketiga.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa DAP menang semua kerusi yang ditandinginya, termasuk di Tanjung Bungah, Pulau Tikus dan Sungai Pinang yang sebelum ini dikatakan berkemungkinan akan tumbang.

Gerakan, MCA dan MIC sekali lagi kehilangan semua kerusi yang ditandingi mereka.

Penyokong DAP telah berkumpul di City Bayview Hotel di Pulau Pinang dan menunggu pengumuman rasmi.