Peluang HARAPAN ambil alih Putrajaya cerah
Sehingga 10.30 malam, keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan pertembungan sengit di antara BN yang sudah memenangi 54 kerusi parlimen berbanding 51 kerusi oleh Pakatan Harapan manakala PAS mempunyai empat kerusi.
Walau bagaimanapun, peluang HARAPAN cerah memandangkan majoriti kerusi yang dimenangi oleh pembangkang sekarang adalah yang dirampas daripada BN.
Keputusan tidak rasmi untuk kerusi yang menjadi kubu kuat HARAPAN, lazimnya membabitkan jumlah pengundi yang besar masih belum diumumkan.
Justeru, banyak lagi kerusi yang dijangka akan memihak kepada HARAPAN pada lewat malam ini atau awal pagi esok.
Ketika ini, BN telah kehilangan 23 kerusi parlimen, dengan 19 daripadanya dirampas oleh HARAPAN dan empat lagi oleh PAS.
Walau bagaimanapun, BN hanya merampas dua kerusi parlimen HARAPAN dan tiga lagi daripada PAS.

