Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PRU14 | Parti Warisan Sabah (WARISAN) yakin akan dapat merampas negeri itu daripada BN.

Ia di sebalik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan keputusan rasmi bagi kebanyakan kerusi DUN.

Wartawan yang kini sedang berkumpul di pejabat SPR, pejabat ketua menteri dan rumah Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga sedang tertunggu-tunggu kerana tiada maklumat daripada saluran rasmi.

WARISAN bagaimanapun mendakwa keputusan tidak diumum secara rasmi ekoran bantahan parti di pusat penjumlahan undi.

Sumber dalaman WARISAN mendakwa parti itu telah menang 32 daripada 60 kerusi DUN. hanya 31 kerus diperlukan untuk membentuk majoriti mudah.

Mereka juga mendakwa SPR enggan menandatangani Borang 14 yang digunakan untuk mengesahkan jumlah undi yang diperolehi calon di setiap pusat mengundi.

Sementara itu, suasana ceria jelas kelihatan di kediaman Shafie di Kota Kinabalu dengan ramai yang bersorak menyambut khabar itu.

Pemimpin tertinggi parti itu bagaimanapun masih menutup mulut dan kini sedang bermesyuarat dalam sebuah bilik di kediaman Shafie.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS