PRU14 | Nik Omar Nik Abdul Aziz tewas di DUN Chempaka dengan jurang undi yang besar.
Kerusi itu dimenangi penyandangnya daripada PAS Ahmad Fathan Mahmood yang mendapat 10,549 undi.
Calon BN Mohd Fareez Nor Amran mendapat 7,075 undi, manakala anak kedua bekas mursyidul am PAS itu hanya meraih 2,418 undi. sejumlah 232 pula undi rosak.
Keputusan itu menyaksikan Ahmad Fathan memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,474 undi.
Ia diumumkan secara rasmi oleh pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, sebentar tadi.
Pegawai pengurus turut mengumumkan keputusan bagi Parlimen Pengkalan Chepa dan dua lagi DUN di kawasan parlimen itu iaitu Panchor dan Kijang yang menyaksikan PAS meneruskan penguasaannya di situ.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan DUN Panchor dengan majoriti besar iaitu 7,288 undi.
Beliau meraih 13,597 undi manakala dua pesaingnya, Zarina Eusope (BN) mendapat 6,309 undi dan Hazmi Hassan (HARAPAN) pula 2,394 undi.
Undi rosak pula 224.
Di Kijang, calon PAS Dr Izani Husin mendapat 9,998 undi meninggalkan calon BN Wan Shahrul Azwan Wan Abdul Aziz (5,281 undi) dan calon HARAPAN Nik Azmi Nik Osman (1,828 undi).
Undi rosak pula sebanyak 222 undi. Izani meraih majoriti 4,417 undi.
Di Parlimen Pengkalan Chepa, PAS melalui Ahmad Marzuk Shaary mendapat 32,592 undi menewaskan calon BN Datuk Zaluzi Sulaiman (19,360) dan calon HARAPAN Mohammad Ibrahim (7,435).
Undi rosak pula 739 undi. Ahmad Marzuk meraih majoriti 13,232 undi.
