Shafie Apdal minta penyokongnya di Sabah bertenang
Diterbitkan: May 10, 2018 1:00 AM | Dikemas kini: May 10, 2018 1:06 AM
PRU14 l Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta penyokong semua parti politik di Sabah, supaya bertenang berikutan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang masih diumumkan.
Beliau menyeru penyokongnya supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.
“Bertenang dan bersabar. Jangan buat sebarang tindakan (yang bertentangan dengan undang-undang),” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini, malam ini.
Beliau berkata difahamkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan kiraan semula undi di beberapa kerusi di Sabah dan sebab itu belum diumumkan keputusan rasminya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.