Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP gesa bertenang
Diterbitkan:  May 10, 2018 3:20 AM
Dikemaskini: 7:22 PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun menasihatkan masyarakat agar bertenang berkenaan keputusan rasmi PRU14 peringkat parlimen yang masih lagi belum diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sepertimana yang sedia maklum keputusan rasmi PRU14 peringkat parlimen masih lagi belum diumumkan dalam tempoh ini

"PDRM menasihati masyarakat agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin, kononnya wujud kacau-bilau di dalam negara buat masa ini, situasi kekal tenang dan terkawal," kata Fuzi dalam suatu kenyataan awal pagi ini.

Pihak polis juga menasihati penyokong parti politik agar tidak melakukan sebarang perarakan sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.

"Dalam masa yang sama juga, penyokong-penyokong parti politik dinasihat agar tidak melakukan sebarang perarakan sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"PDRM akan memantau situasi semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden atau provokasi yang boleh menganggu gugat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat," kata kenyataan itu lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sekitar jam 1 pagi tadi mengumumkan belum ada mana-mana parti berjaya memenangi 112 kerusi parlimen yang membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Berikut keputusan rasmi SPR bagi kerusi Parlimen (belum selesai perkiraan):

BN - 67 kerusi
HARAPAN (dan WARISAN)- 91 kerusi
PAS - 14 kerusi
STAR - 1 kerusi
Bebas-2 kerusi
 

Lihat Komen
ADS