Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Saya angkat sumpah jadi PM hari ini
Diterbitkan:  May 10, 2018 3:26 AM
Dikemaskini: 7:42 PM

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-7.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media di Hotel Sheraton, Petaling Jaya awal pagi tadi selepas kiraan menunjukkan HARAPAN memperoleh kerusi parlimen yang cukup untuk menang majoriti mudah.

Ini bererti, buat pertama kali dalam sejarah, pertukaran kerajaan persekutuan terjadi di Malaysia selepas 60 tahun BN memerintah.

Pengerusi HARAPAN itu turut memaklumkan bahawa pihak istana juga telah memanggil pemimpin PKR.

Dr Mahathir juga memaklumkan bahawa beliau telah meminta ketua setiausaha negara (KSU) Tan Sri Ali Hamsa untuk mengumumkan hari Khamis dan Jumaat sebagai cuti umum seperti dijanjikan HARAPAN sebelum ini.

Susulan itu, Ali melalui kenyataan twitter mengumumkan cuti umum pada 10 dan 11 Mei serta 13 Mei bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan. 

Sementara itu, berdasarkan kiraan Malaysiakini, HARAPAN berjaya mendapat sekurang-kurangnya 115 kerusi parlimen daripada 222, tidak termasuk calon bebas yang direstui mereka di Batu.

BN mendapat 74 kerusi, PAS 17 dan bebas tiga.

Masih terdapat 14 kerusi lagi yang masih belum ada keputusan jelas.

Lihat Komen
ADS