Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah kini menunggu mandat daripada kepimpinan tertinggi mengenai pelantikan menteri besar.

Ia selepas gabungan itu mendapat majoriti mudah 18 kerusi DUN sekali gus mampu membentuk kerajaan negeri dalam PRU14.

Pengerusi HARAPAN Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Pejabat HARAPAN awal pagi ini.

Katanya, pihaknya sudah mendapat surat daripada pihak istana dan kini sedang menunggu maklum balas dari kepimpinan parti.

"Esok kita dapat undangan satu majlis angkat sumpah, walau begitu belum mendapat mandat sepenuh pimpinan tertinggi masih tunggu surat pelantikan," katanya.

Angkat sumpah petang ini

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya siapa calon menteri besar Kedah yang baru. Katanya lagi, terdapat juga beberapa nama yang telah disenarai pendek untuk jawatan tersebut.

Pada PRU14 yang baru diumumkan, HARAPAN memenangi 18 kerusi DUN daripada 36 yang dipertandingkan.

PAS pula 15 kerusi dan BN 3 kerusi.

Mukhriz turut berkata walaupun kemenangan itu kelihatan berbelah bahagi namun pihaknya berhak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

HARAPAN dijangka akan mengangkat sumpah jawatan menteri besar Kedah petang esok di Istana Kedah.

Lihat Komen
ADS