Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Keputusan PRU14 buktikan tiada penipuan oleh BN

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membuktikan kan tidak ada kecurangan oleh BN, kata ketua gabungan Najib Abdul Razak.

“Satu pilihanraya yang telah memperlihatkan pertembungan yang begitu sengit tetapi ia merupakan manifestasi atau validation prinsip demokrasi.

“Banyak perkara-perkara yang telah digunakan dan dijadikan sebagai senjata dalam masa pilihan raya termasuk fitnah dan hasutan yg dilemparkan antaranya, kononnya BN akan lakukan penipuan untuk menang pilihan raya.

“Jelas dgn keputusan PRU4 tiada penipuan oleh BN,” kata Najib pada sidang akhbar di PWTC hari ini.

Bekas perdana menteri itu memetik contoh bagaimana berita palsu disebarkan di media sosial pada malam semalam bahawa beliau sedang mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat.

“Ada juga dakwaan bahawa saya adakan mesyuarat NSC (MKN) malam tadi dalam tweet untuk isytihar darurat, itu satu lagi hasustan kepada rakyat.

“Ini satu pembohongan,” katanya.

Bnpada PRU14 hanya memenangi 79 kerusi parlimen. Di Semenanjung Malaysia, BN hampir tidak wujud selain Umno, yang memperolehi 47 kerusi.

MCA pula menyaksikan tujuh kerusi parlimen yang dimilikinya berkurang kepada satu kerusi.

Sementara itu, kerusi parlimen MIC tinggal dua daripada empat kerusi manakala Gerakan tidak memperoleh sebarang kerusi.

Ketiga-tiga presiden parti komponen BN iaitu presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam, dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong tewas.

Di Sarawak, Umno tidak wujud dalam komponen BN yang diketuai PBB. Pecahan kerusi di Sarawak selepas PRU14 adalah PBB memperoleh 13 kerusi, SUPP 1, PRS 3 dan PDP 2.

Di Sabah, Umno mempunyai tujuh kerusi tetapi rakan-rakannya di sana juga lemah, dengan PBS, Upko dan PBRS semuanya hanya menang satu kerusi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS