Penyandang menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah untuk terus memegang jawatan itu bagi penggal kedua di Istana Kota Lama, di Kota Bharu.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada pukul 11:30 pagi di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Turut menyaksikan istiadat itu ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Pesuruhjaya Kehakiman negeri, Datuk Ahmad Bache dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

PAS Kelantan berjaya mengekalkan pentadbiran Kelantan selepas memenangi 37 daripada 45 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), semalam.

Bagi kerusi Parlimen, PAS berjaya memenangi sembilan daripada 14 kerusi yang dipertandingkan, manakala enam kerusi menjadi milik BN.