Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan baru HARAPAN sah akan mansuh GST
Diterbitkan:  May 10, 2018 1:26 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan pimpinannya nanti akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kerajaan baru juga akan mengembalikan cukai lama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum era perdana menteri keenam Datuk Seri Najib Razak.

“Kita akan kembali ke SST,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mahathir berkata ditanya sama ada HARAPAN akan menunaikan janji memansuhkan GST.

Pemansuhan GST turut dimuatkan dalam manifesto Pakatan Harapan dan ia dijanjikan dibuat dalam 100 hari pertama pentadbirannya.

Lihat Komen
ADS