BERITA Malaysiakini

Hormati suara rakyat, titah sultan Johor

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya semua pihak menghormati suara rakyat.

Pesanan khas baginda itu dimuat naik dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook baginda.

“Saya minta semua pihak menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baru,” titah baginda.

Terdahulu, bekas menteri nesar Johor, Mohamed Khaled Nordin berkata beliau menerima kegagalan BN mempertahankan kerajaan negeri.

Beliau berjanji akan memastikan peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan secara aman.