Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Utusan lapor Star kerjasama dengan BN, dijangka bentuk kerajaan
Diterbitkan:  May 10, 2018 2:37 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star), Datuk Jeffrey Kitingan mengumumkan untuk berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri, lapor portal Utusan Malaysia Online.

Star yang memenangi dua kerusi DUN dikatakan menjadi penentu kepada situasi politik Sabah yang masih gagal membentuk kerajaan sehingga kini.

Berikutan sokongan kepada BN itu, gandingan tersebut kini mempunyai 31 kerusi iaitu cukup untuk membentuk majoriti mudah.

Bagi 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah, BN memenangi 29 kerusi, PKR (dua), DAP (enam), Parti Warisan Sabah (21) dan Parti Solidariti Tanah Airku (dua).

Sementara itu, portal berkenaan juga melaporkan bahawa lima ADUN Upko menafikan keluar daripada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN).

 

Lihat Komen
ADS