Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib silap, tak perlu parti majoriti untuk bentuk k’jaan - Aziz Bari

Dakwaan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa tidak ada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membolehkannya membentuk kerajaan adalah silap, kata pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari.

Beliau yang terpilih sebagai ADUN Pakatan Harapan bagi kerusi Tebing Tinggi, semalam, berkata mengikut perlembagaan persekutuan, tidak ada peruntukan yang mensyaratkan parti mesti memperoleh majoriti mudah di dewan untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya, perlembagaan hanya menyatakan "sesiapa" dan bukannya "parti" yang mempunyai majoriti mudah.

"Saya mahu menjawab kenyataan Najib Razak bahawa tiada parti yang mempunyai majoriti mudah. Ini tidak benar.

"Sekarang kami (HARAPAN) sudah ada majoriti mudah, iaitu dengan "satu parti atau parti-parti lain ".

"Perlembagaan tidak menyebut 'parti', tetapi mengatakan 'sesiapa' dengan majoriti mudah dalam dewan (boleh membentuk kerajaan)," katanya pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

Najib dalam menyampaikan amanat terakhirnya selepas kekalahan BN pada PRU14 tidak menyentuh HARAPAN sebagai pemenang, tetapi mendakwa tiada satu parti mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, dan mendakwa keputusan terletak dengan Yang di-Pertuan Agong.

HARAPAN menang dengan majoriti mudah 113 daripada 222 kerusi Parlimen, dan jumlah itu menjadi 122 kerusi dengan sokongan sekutu mereka di Sabah, WARISAN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS