Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TMJ ucap tahniah, ingatkan HARAPAN kedaulatan Johor
Diterbitkan:  May 10, 2018 6:56 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 semalam.

Tunku Ismail turut mengingatkan agar Johor tetap dihormati sebagai negeri berdaulat yang mempunyai cara, budaya dan tata tertib kita sendiri.

"Negeri Johor dan perlembagaannya tetap berdaulat. Baju melayunya tetap Teluk Belanga. Hanya muka sahaja bertukar baharu," katanya melalui kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tambah Tunku Ismail, kesejahteraan rakyat Johor mesti menjadi keutamaan pemimpin HARAPAN di Johor dan bukannya kepentingan peribadi.

"Kami harus belajar daripada kesilapan orang lain. Saya ingin mengingatkan sekali lagi jangan lupa kedaulatan negeri Johor, perlembagaan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.

"Walau apapun terjadi, Johor mesti sentiasa jadi Johor," katanya.

Keputusan pilihan raya umum ke-14 yang bersejarah antara lain menyaksikan Johor yang sekian lama dianggap kubu kuat Umno ditawan HARAPAN.

HARAPAN berjaya menang di 36 kerusi DUN berbanding BN (19) dan PAS (satu) pada PRU kali ini.

HARAPAN juga menang 18 kerusi Parlimen berbanding BN dengan lapan kerusi.

Terdahulu Sultan Ibrahim berharap agar Istana Negara dapat memastikan pelantikan perdana menteri baru dilakukan hari ini.

Lihat Komen
ADS