Adly dijadual angkat sumpah jadi KM Melaka hari ini
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari dijadualkan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri negeri itu, hari ini.
Upacara itu akan diadakan pada jam 3 petang di pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Adly, yang mewakili AMANAH, memenangi kerusi DUN Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-14.
Sementara itu, Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin memberitahu Malaysiakini, parti itu juga mempunyai cadangan supaya calon mereka sendiri dilantik sebagai ketua menteri.
PKR menamakan Muhammad Jailani Khamis yang memenangi kerusi DUN Rembia sebagai calon ketua menteri.
Pada PRU14, BN tumbang apabila hanya memenangi 13 daripada 28 kerusi DUN Melaka. Pecahan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan adalah seperti berikut: - AMANAH (2), BERSATU (2), PKR (3) dan DAP (8).

