Muhyiddin mengadap Sultan Johor
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Istana Pasir Pelangi sebentar tadi untuk menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berpakaian baju Melayu berwarna merah jambu, bekas timbalan perdana menteri itu tiba menaiki kereta Audi hitam kira-kira jam 11.50 pagi.
Beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor itu bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan negeri.
Antara itu utama yang akan dibangkitkan ialah mengenai pelantikan menteri besar.
Sebelum itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat memasuki istana berkenaan.
Johor ialah negeri yang menjadi kubu kuat Umno, malah di situlah parti berkenaan dilahirkan.
Bagaimanapun pada PRU ke-14 pada Rabu lalu HARAPAN membuat kejutan dengan mengetepikan BN untuk kali pertama dalam sejarah.
Daripada 26 kerusi dewan undangan negeri, HARAPAN menang di 18 tempat dan BN lapan. Tujuh daripada kerusi itu dimenangi Umno manakala bakinya MCA.
Malaysiakini difahamkan antara nama yang dibawa Muhyiddin untuk mendapat perkenan daripada Sultan Ibrahim ialah Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan, Setiausaha BERSATU Johor Osman Saipan dan Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.
[Berita lanjut menyusul]

