10 kementerian dibentuk, menteri diumumkan esok
Geraldine TongDiterbitkan: May 11, 2018 12:37 PM | Dikemas kini: May 11, 2018 6:04 PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan telah membentuk 10 kementerian-kementerian utama.
Bagaimanapun, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok.
“Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian penting.
“Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Kementerian Ekonomi
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia
- Kementerian Luar Negeri

