Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Perak makin kusut, HARAPAN mengadap sultan hari ini

Pakatan Harapan Perak akan mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenaan membentuk kerajaan negeri, walaupun BN sebelum ini mengumumkan bahawa mereka mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memberitahu Malaysiakini bahawa pemimpin HARAPAN dijadual mengadap baginda hari ini sekitar jam 3 petang.

Pada masa sama, pemimpin PAS Perak mengakan pertemuan dengan pemimpin pusat parti itu di Terengganu untuk membincangkan sama ada untuk membentuk kerajaan negeri bersama BN ataupun HARAPAN.

Semalam, jurucakap BN Perak, Nizam Isa berkata mereka akan mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Nizam tidak mengulas lanjut sama ada BN akan bergabung dengan PAS atau menyatakan tarikh mengadap Sultan Perak.

Perak memiliki 59 kerusi DUN, dan HARAPAN menang 29 kerusi, BN 27 dan PAS tiga.

HARAPAN kurang satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah, sementara PAS pula menjadi 'kingmaker'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS