Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri ketujuh.

Melalui ciapannya di Twitter, bekas perdana menteri itu berkata beliau bersedia membantu proses peralihan kuasa kepada kerajaan baru Pakatan Harapan.

“Baru mengucapkan tahniah kepada Tun di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ketujuh. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar,’’ kata Najib.

Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh malam tadi setelah parti-parti di bawah gabungan Pakatan Harapan berjaya mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

HARAPAN menewaskan BN pimpinan Najib yang telah mentadbir Malaysia selama 60 tahun.

Pada pilihan raya 9 Mei lalu,HARAPAN menang lebih 122 kerusi Parlimen. BN pula memenangi 79 kerusi dan PAS pula 18.

Najib pada penampilan awam pertama selepas PRU14, semalam berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan menerajui negara.

Katanya, keputusan PRU14 membuktikan kan tidak ada kecurangan oleh BN.