Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafie: 6 wakil Umno, Upko tak dipaksa sertai WARISAN

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan bahawa keenam-enam wakil Umno dan Upko yang menyertai WARISAN tidak dipaksa berbuat demikian.

"Tidak ada paksaan. Mereka tidak dipaksa.

"Saya tidak letakkan mereka dalam 2 atau 3 hari dalam rumah. Ini tidak ada paksaan," kata Shafie dalam sidang media di rumahnya di Kota Kinabalu hari ini.

Enam wakil yang menyertai WARISAN adalah Abdul Muis Pichu (Umno-Sebatik), Hamisa Samat (Umno-Tanjong Batu), Osman Jamal (Umno-Balung), Jamawi Jaafar (Umno-Kemabong), Ewon Benedick (Upko-Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Upko-Paginatan).

Shafie mendakwa beberapa anggota dewan undangan negeri itu sebelum ini telah dihalang berhubung dengan orang lain sehingga ahli keluarga mereka sendiri tidak dapat menghubungi mereka

WARISAN kini mendakwa mempunyai 35 ADUN.

Terdahulu, Shafie berkata beliau sudah memaklumkan Yang Dipertua Sabah bahawa pihaknya mempunyai kerusi majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Menurut Shafie, kini terpulang kepada Yang Dipertua untuk mendesak Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah semalam sebagai ketua menteri untuk meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan ada ADUN lain yang akan menyertainya, Shafie berkata dia menerima "banyak" panggilan telefon daripada mereka yang berhasrat berbuat demikian.

Sementara itu, Hamisa berkata keputusannya menyertai WARISAN adalah tanpa mengenakan syarat.

"Kami hanya mahu membantu rakyat. Kami tidak akan tinggalkan rakyat," katanya.

Amisa turut berkongsi perkara sama menjelaskan bahawa pembangunan untuk rakyat akan sukar sekiranya kerajaan negeri tidak mempunyai hubungan baik dengan kerajaan persekutuan.

Sementara itu, menjelaskan situasi yang terjadi semalam, Ewon berkata lima ADUN berkenaan tidak sedar keputusan partinya untuk meninggalkan BN.

Susulan keputusan itu, jelasnya, mereka membuat keputusan untuk turut serta dan seterusnya berjumpa Yang Dipertua bagi memaklumkan situasi itu.

"Sebab itu majlis angkat sumpah semalam ditangguhkan," katanya.

Rabu lalu, WARISAN dan rakan sekutu berjaya memenangi 29 daripada 60 kerusi DUN Sabah, iaitu dua kerusi kurang untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, Musa kemudia mendakwa beliau mendapat jumlah kerusi yang cukup setelah dua ADUN Parti Solidariti Tanah Airku’s (Star) menyertainya.

Ditanya tentang tindakan Jeffrey Kitingan menyertai BN, Shafie berkat Jeffrey sebelum ini menyatakan sokongan terhadap WARISAN.

"Saya tidak pasti apa yang jadi selepas itu," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menerima Jeffrey sekiranya dia ingin menyertai WARISAN, Shafie menegaskan bahawa ahli politik perlu mempunyai integriti.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS