Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi HARAPAN Sarawak tolak kerjasama PBB
Diterbitkan:  May 11, 2018 11:41 PM
Dikemaskini: 3:51 PM

Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen tidak bersetuju dengan desas-desus PBB mungkin meninggalkan BN dan menyertai gabungan parti pemerintah yang baru.

"Kami tidak akan terima sebarang parti BN Sarawak untuk menyertai kami, termasuklah PBB.

"Menerima PBB ke dalam HARAPAN samalah seperti Umno menyertai HARAPAN di peringkat nasional," kata Chong dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata HARAPAN Sarawak telah berjuang melawan rejim kerajaan negeri BN yang 'korup' itu dan membenarkan mereka menyertai gabungan parti pemerintah persekutuan itu akan 'membersihkan' perbuatan 'korupsi' BN Sarawak.

Mesyuarat tergempar Abang Jo

Bagi anggota BN yang mahu menyertai HARAPAN secara individu, mereka akan diterima masuk selepas saringan SPRM.

Malaysiakini melaporkan Yang DiPertua Sarawak Tun Taib Mahmud telah bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam.

Taib dijangka memanggil Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Abang Johari Openg untuk bermesyuarat.

Abang Johari pula dijangka mengadakan mesyuarat tergempar dengan semua wakil rakyat BN Sarawak minggu depan bagi mempertimbangkan kedudukannya bersama BN.
 

Lihat Komen
ADS