Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kawat duri, laluan ke bangunan k'jaan di Putrajaya dibuka - polis
Diterbitkan:  May 12, 2018 5:43 AM
Dikemaskini: May 12, 2018 2:19 AM

Kawat berduri yang dipasang di sekitar bangunan pentadbiran kerajaan dan laluan ke bangunan-banguan tersebut sudah dibuka sejak 4 petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan

Beliau berkata kawat duri itu dipasang pada hari penamaan calon sebelum dibuka dan dipasang semula pada hari pengundian untuk tujuan keselamatan.

“Sebelum ini, kita buat sekatan di beberapa kawasan ‘hot spot’ dan pasang kawat duri itu berikutan belum ada keputusan parti mana yang menjadi kerajaan.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri malam semalam, katanya, semua sekatan serta kawat duri yang dipasang sebelum ini dibuka untuk laluan orang awam,

Dakwaan bangunan Jabatan Peguam Negara di Putrajaya dipasang kawat duri, susulan kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan sedang meneliti kes berkaitan siasatan terhadap 1MDB yang dikendalikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tular di media sosial semalam.

Ketika dihubungi Bernama malam tadi, Rosly berkata gambar berhubung dakwaan itu, yang turut ditularkan, adalah tidak benar.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan berkenaan malam tadi mendapati tiada lagi kawat duri dipasang di bangunan terbabit.

Tinjauan Bernama di Dataran Putrajaya berhadapan Masjid Putra malam ini pula mendapati ia meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong kerajaan Pakatan Harapan yang terus meraikan kemenangan pakatan itu membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU14.

Kawasan Dataran Putrajaya, yang sebelum ini ditutup bagi laluan orang awam, dibanijri kenderaan dan orang ramai dengan sebilangan besarnya mengibarkan bendera PKR dalam pelbagai bentuk dan saiz selain menjalankan aktiviti riadah yang lain.

- Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS