Paling Popular
Terkini

Tiga ADUN PAS Perak mengadap Sultan Nazrin Shah pagi ini, dengan menteri besar dijangka mengangkat sumpah jam 5 petang ini - dengan syarat Pakatan Harapan atau BN boleh membuktikan mereka mempunyai kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

ADUN Kubu Gajah Khalil Yahaya, bersama dengan Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Razman Zakaria (Gunung Semanggol), tiba di Istana Kinta sekitar jam 9.30 pagi ini.

Dengan HARAPAN mendapat 29 kerusi dalam pilihan raya pada hari Rabu, dan BN 27, PAS kini menjadi penentu bagi kedua pihak - HARAPAN dan BN - bagi mendapatkan jumlah yang diperlukan untuk majoriti mudah - 30 kerusi - di dewan undangan negeri.

Tiada ADUN BN dilihat memasuki istana hari ini, kecuali kenderaan menteri besar sementara Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada pukul 10.50 pagi.

Pada pukul 12 tengahari, wakil Pakatan Harapan tiba untuk mengadap Sultan. Jurugambar Bernama, Astro dan RTM dibenarkan memasuki istana pada pukul 11.40 pagi.

Terdahulu, jurucakap Istana Kinta, Mohd Annuar Zaini memberitahu media bahawa Sultan tidak akan menemui ADUN BN pada sebelah pagi, tetapi pada pukul 2 petang.

Dilaporkan semalam bahawa Perak Harapan telah mengadap Sultan, yang menawarkan mereka pilihan pertama untuk membentuk kerajaan negeri jika mereka dapat membuktikan mempunyai kerusi yang mencukupi pada jam 2 petang ini.

Sultan juga meminta BN untuk membawa 30 ADUN untuk datang mengadap baginda hari ini.

Menurut Annuar, upacara bersumpah akan diadakan pada jam 5 petang, dengan undangan telah dikeluar.

Katanya, baginda berharap kerajaan negeri boleh ditubuhkan secepat mungkin.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS