Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq tak setuju MB Johor teladani dasar BN
Diterbitkan:  May 13, 2018 2:16 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

MP Muar yang baru Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian untuk menafikan peruntukan kepada ADUN pembangkang di negeri itu.

"Saya tidak setuju. Saya sudah berkongsi pandangan saya kepada rakan sepasukan. Kami akan merangka polisi bagi hal ini.

"Untuk demokrasi Malaysia subur, kita perlukan pembangkang yang kuat dan berwibawa untuk dipertanggungjawabkan.

"Berikan dana untuk mereka, bukan kerana mereka lawan kita, tetapi kerana mereka ialah semak dan imbang," kata Saddiq dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Osman berkata beliau akan mengikut teladan BN meneruskan dasar tidak memberikan peruntukan pembangunan kepada ADUN pembangkang.

"Mengapa kita perlu beri? Ini seperti beri peluru kepada mereka," kata Osman.

Ketika Syed Saddiq ditanya untuk menjelaskan kenyataannya, beliau berkata telah berbincang dengan Osman dan pemimpin HARAPAN lainnya.

"MB terbuka untuk mencapai muafakat dalam hal ini," katanya.

Ketua Pemuda BERSATU itu berkata Selangor menjadi contoh yang baik cara kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang.

Lihat Komen
ADS